Yes! KETUA SETIAUSAHA NEGARA

Pegawai usah salah guna kuasa: KSN

Berita Harian 13/11/2007

PUTRAJAYA: Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan mengingatkan penjawat awam supaya tidak menyalahgunakan kuasa bagi kepentingan diri dan keluarga.

”Penjawat awam perlu memastikan keadilan dan kesaksamaan ditegakkan dalam apa juga keadaan, khususnya dalam melaksanakan sistem penyampaian kerajaan.”

“Saya ingin mengingatkan diri sendiri dan penjawat awam supaya jangan salah guna kuasa.”

“Anda diamanahkan kuasa tertentu dan kuasa ini bertanggungjawab besar bagi melaksanakan agenda pembangunan negara dan untuk kebajikan rakyat.”

Mohd Sidek berkata, penjawat awam termasuk pegawai pengurusan tertinggi perlu menjadikan kepincangan salah urus dana awam seperti yang terkandung dalam Laporan Ketua Audit Negara 2006 sebagai panduan.

“Biarlah Laporan Ketua Audit Negara 2006 menjadi panduan supaya kesilapan sama tidak berulang.

“Pihak atasan bertanggungjawab untuk memastikan pegawai atau kakitangan bawahan menggunakan nilai dan etika yang betul termasuk cekap serta jujur dalam bertugas,” katanya.

Pada Majlis Khidmat Bakti anjuran Jabatan Perdana Menteri (JPM) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC). November 2007.

Back to Main Page

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: