Yes! KETUA POLIS PJ

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed, mengesahkan polis sedang menyiasat kes terbabit selepas menerima laporan 14 Julai lalu.

“Kita menjalankan siasatan rapi merangkumi semua aspek yang berkaitan di dalam kes berkenaan,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

CEO syarikat GLC kena siasat kes pecah amanah

‘Datuk’ didakwa biayai perjalanan ke luar negara guna wang syarikat

KUALA LUMPUR: Bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) bergelar Datuk sebuah syarikat berkaitan kerajaan (GLC) disiasat polis berhubung dakwaan pecah amanah membabitkan wang syarikat berjumlah hampir RM700,000.

Sumber berkata, individu berusia 50-an yang juga bekas ahli lembaga pengarah syarikat berkenaan disiasat menyeleweng dengan menggunakan wang syarikat tanpa melalui prosedur sepatutnya.

Dia dilantik sebagai CEO syarikat itu tahun lalu sebelum perkhidmatannya ditamatkan tahun ini.

“Dia disiasat menggunakan wang syarikat berjumlah lebih RM450,000 untuk membiayai beberapa perjalanannya ke luar negara selain memindahkan kira-kira RM200,000 ke akaun peribadi.

“Dia juga didakwa menuntut elaun keraian berjumlah RM18,000 pada 2007 tanpa mengemukakan bukti perjalanan atau perbelanjaan,” katanya kepada Berita Harian.

Sumber berkata, individu itu tidak mengemukakan bajet dan memohon kelulusan Lembaga Pengarah sebelum menggunakan wang terbabit, yang sepatutnya menjadi syarat utama sebelum sebarang pengeluaran wang syarikat dilakukan.

Syarikat itu ditubuhkan dengan kos RM1.9 bilion dua tahun lalu untuk menjalankan kajian dan pembangunan dalam bidang bioteknologi.

Berita Harian difahamkan, penyelewengan membabitkan bekas CEO itu terdedah selepas Jabatan Audit Negara dan juruaudit luar, PricewaterhouseCoopers menjalankan audit syarikat berkenaan.

Sumber berkata, berikutan pendedahan itu, Lembaga Pengarah syarikat memanggil pegawai berkenaan untuk memberi penjelasan namun gagal dihadirinya dengan alasan yang tidak memuaskan.

“Susulan itu, Lembaga Pengarah membuat usul menggantung tugasnya sebelum memutuskan menamatkan perkhidmatannya Mac lalu,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed, mengesahkan polis sedang menyiasat kes terbabit selepas menerima laporan 14 Julai lalu.

“Kita menjalankan siasatan rapi merangkumi semua aspek yang berkaitan di dalam kes berkenaan,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Source: Berita Harian 11 August 2008

Back to Main Page

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s

%d bloggers like this: