Yes! KETUA AUDIT NEGARA

Pegawai cuai kena bayar surcaj

Oleh Norfatimah Ahmad
tim@bharian.com.my

Tindakan tatatertib termasuk tanggung akibat kehilangan aset kerajaan

PUTRAJAYA: Kementerian Kewangan akan menentukan kedudukan pegawai yang bertanggungjawab mengendalikan projek bermasalah seperti didedahkan Laporan Ketua Audit Negara 2007.

Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang, berkata pegawai pengawal misalnya Ketua Setiausaha kementerian atau ketua jabatan perlu merujuk kepada Perbendaharaan untuk menentukan sama ada pegawai berkenaan perlu dikenakan tindakan dalaman.

“Jika didapati cuai hingga menyebabkan kerugian misalnya kehilangan aset kerajaan, pegawai terbabit boleh diarah membayar surcaj.

“Selain itu, tindakan tatatertib perlu diambil terhadap pegawai berkenaan sebagai pengajaran kepada kakitangan awam lain untuk tidak mengulangi kesalahan sama,” katanya ketika ditemui di sini, baru-baru ini.

Ambrin berkata, tindakan mengarah pegawai terbabit membayar surcaj boleh dikenakan mengikut Akta Acara Kewangan 1957 berdasarkan jadual tertentu, termasuk menerusi potongan gaji.

Selain itu, beliau berkata, pihak berwajib juga perlu membuat laporan polis jika tindakan pegawai terbabit dalam mengendalikan program dan projek kerajaan menjurus kepada kesalahan jenayah.

Mengenai pegawai yang dikesan cuai, beliau berkata, pihak berwajib juga perlu mengambil kira aspek psikologi dengan tidak mengetepikan kemungkinan individu terbabit sama ada sengaja atau tidak, membawa masalahnya ke pejabat.

“Jangan anggap semua penjawat awam macam robot, ada berhadapan masalah misalnya anak sakit, masalah peribadi dan lain-lain yang menyebabkan mereka tidak dapat melaksanakan tugas dengan berkesan, hilang tumpuan atau mungkin hingga terdorong untuk menyeleweng dana awam,” katanya.

Mengenai tahap pematuhan kementerian, jabatan dan agensi kerajaan kepada cadangan dikemukakan pihaknya dalam Laporan Ketua Audit Negara 2006, katanya, setakat ini, 70 peratus daripadanya sudah mematuhi saranan itu.

Berita Harian 6 Oktober 2008: Nasional, muka surat 2

Back to Main Page

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s

%d bloggers like this: