Ketua Audit Negara sedar dan bertindak!

Pegawai cuai kena bayar surcaj

Oleh Norfatimah Ahmad: tim@bharian.com.my

Tindakan tatatertib termasuk tanggung akibat kehilangan aset kerajaan

“…masalah peribadi…tidak dapat melaksanakan tugas dengan berkesan, hilang tumpuan hingga terdorong untuk menyeleweng dana awam. Pihak berwajib juga perlu membuat laporan polis”
Katanya, Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang.

PUTRAJAYA: Kementerian Kewangan akan menentukan kedudukan pegawai yang bertanggungjawab mengendalikan projek bermasalah seperti didedahkan Laporan Ketua Audit Negara 2007.

Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang, berkata pegawai pengawal misalnya Ketua Setiausaha kementerian atau ketua jabatan perlu merujuk kepada Perbendaharaan untuk menentukan sama ada pegawai berkenaan perlu dikenakan tindakan dalaman.

“Jika didapati cuai hingga menyebabkan kerugian misalnya kehilangan aset kerajaan, pegawai terbabit boleh diarah membayar surcaj.

“Selain itu, tindakan tatatertib perlu diambil terhadap pegawai berkenaan sebagai pengajaran kepada kakitangan awam lain untuk tidak mengulangi kesalahan sama,” katanya ketika ditemui di sini, baru-baru ini……

(Berita Harian, Isnin 6/10/2008 muka surat 2: Nasional)

Advertisements

4 Responses to “Ketua Audit Negara sedar dan bertindak!”

  1. Bukankah laporan polis sudah dibuat? Apa perkembangannya? Bukankah kita semua ni tax payers. Pegawai Polis pun pembayar tax juga, kalau polis sudah masuk lokap. Tetapi sebelum tu heboh dalam akhbar dengan meluas supaya kita semua tahu. Tak adil ni?

  2. suararakyat Says:

    Aku sebagai rakyat Malaysia yang membayar cukai, amat kecewa sekali dengan sikap Tan Sri Ismail Merican yang tidak menjalan tugas dengan baik. Sesungguhnya, setiap sen yang digunapakai adalah dari wang rakyat untuk rakyat. Sikap tamak haloba, pentingkan diri sendiri serta tidak amanah yang hanya menguntungkan sesetengah pihak, merupakan punca perkara sebegini berlaku. Aku mengucapkan SYABAS kerana ketelusan pihak Audit Negara melaporkan perkara salah laku ini kepada rakyat. Yang PENTING sekali, apakah TINDAKAN susulan? Belum JELAS!

  3. Timing PERFECT! Bagus lah macam ni.

  4. Akupun rasa tak puas hati kalau begitu teruk penyelewengan tetapi tidak ada apa-apa tindakan. Lepas macam tu saja. Sedangkan aku pun terpaksa bayar secara ansuran bulanan sebab tak mampu. Kalau tak buat apa, tak adil lah!!!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: